TOP NEWS

Friday, September 18, 2009



hah! try tgk slide show nieh..........................................................................moga program ni memberi ilham kpd kita..program ni melangsungkan bacaan al-quran tanpa henti selama 25 jam sehingga khatam al-quran.pembacanya adalah 10 org

0 comments:

muhasabah...

Saturday, August 15, 2009

persiapan sblm mati

beristighfar lah kalian setiap masa dan saat kerna sering dan pasti akan membuat kesalahan.............

0 comments:

muhasabah...

Thursday, August 13, 2009

apa itu qasidah burdah

hayati..... saksikanlah video ini..ketahuilah asal-usul qasidah..dan hayatilah alunannya

0 comments:

muhasabah...

Wednesday, August 12, 2009

maulid diba i

ini merupakan video maulid diba i di taman aku...mula ditubuhkan sejak tahun lepas...dan bergiat dengan aktif tahun ini..buleh dikatakan setiap hari jumaat,sbtu, dan ahad ada jemputan....ini antara video kami di salah sebuah rumah jemputan waktu ni memang best...dan aku pemain gendang 'yankee', duduk sebelah kanan pemain kompang..kalo sesape berminat, call nombor ni, bukan nombor aku tapi nombor ustaz aku, ketua kump maulid diba i ni,u. rizal: 0196821621....aku bukan je pemain gendang jer, tapi pernah la jugak bawak dua qasidah, boleh la jugak ...

0 comments:

muhasabah...

logo badar





salam...amacam ok tak logo ni...sesaje je buat, heheh..ok tak?...yg mane ok?

1 comments:

muhasabah...

Friday, August 7, 2009

adab menuntut ilmu

Ilmu merupakan keperluan dalam melakukan amal kepada Allah.... amal tanpa ilmu adalah gila..oleh itu, wajib bagi setiap muslim dan muslimat...dengan itu, kita perlu ada dan belajar adab2 dalam menuntut ilmu.. antara adab-adab enuntut imu ialah

1. Ikhlas . Contoh ikhlas : Pada zaman sebelum kita ketika sekumpulan tentera Islam di bawah pimpinan ketuanya mengepung sebuah kota.Pengepungan itu berlanjutan sehinggalah sebuah pintu kota itu berjaya dibuka, lantas panglima tentera meminta agar tentera yang berjaya membukanya tampil agar dianugerahkan dengan pingat.Tiba-tiba tiada seorangpun yang hadir.Menjelang malamnya seorang tentera telah datang ke khemah penglima tersebut ketika beliau sedang berqiyamullail.Tentera yang berpakaian lengkap dengan topeng besi menutup mukanya tersebut berjanji untuk mendedahkan identity orang yang bertanggungjawab membuka pintu kota itu dengan bersyarat iaitu syarat yang pertama dia tidak boleh memberitahu namanya.Syarat kedua ialah dia tidak boleh menampakkan wajahnya dan yang terakhir sekiranya personalitinya diketahui lambat laun, panglima dilarang memberikan apa-apa anugerah berupa penghargaan kepada tentera tersebut juga keluarganya.

2. Taqwa

3. Meletakkan matlamat

4. Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Al-Imam al-Ghazali berpesan mengingatkan anaknya, yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun anda telah membaca ilmu itu 100 kali dan anda telah menghimpunkan 1000 buah kitab.Anda belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dengan beramal.

5. Mentaati Ibu Bapa Dalam Perkara Kebaikan

6. Menghormati Guru Dan Menunjukkan Minat Terhadap Pelajarannya.

Adab Pelajar Terhadap Gurunya.Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:

• Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
• Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
• Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
• Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari .
• Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
• Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.
• Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
• Mendoakan kebaikan baginya.

7. Tidak berjaga sehingga larut malam tanpa keperluan.

8. Meninggalkan Perkara Yang Sia-sia

9. Meninggalkan berkawan dengan orang yang buruk perangainya.Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Furqan :

Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;10. Meminta perlindungan Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun ayat 97-98 : Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan.Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".

11. Menjaga Solat. Firman Allah swt dalam surah al-Mukminun ayat 1-2 : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

12. Menjauhi Perkara-perkara Yang Haram
Al-Imam as-Syafi’ie pernah mengadukan masalah lupa pada ilmu yang menimpanya kepada tuan gurunya, Waki’ .Beliau dingatkan agar meninggalkan maksiat dengan hujjah bahawa ilmu itu merupakan Nuur Allah, maka ia tak diberikan melainkan kepada mereka yang mematuhi perintahNya.

13. Berakhlak Terpuji

14. Kemas

15. Konsisten dalam Usaha yang dilakukan tanpa berputus asa.

16. Menolong Kawan-kawan

17. Berpegang teguh pada prinsip Yang Benar

18. Mempunyai Maruah & Mulia diri

19. Berhemah Tinggi

20. Berkawan dengan Sahabat Yang Baik

21. Sentiasa Mengingati Allah dan Membaca Al-Quran, Firman Allah dlm al-Quran :
Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (ar-Ra’d ayat 28)

22. Menjaga Kesihatan Tubuh Badan

23. Memenuhi Waktu Kosong Dengan Perkara Berfaedah

24. Mengurus Waktu Dengan Baik Dengan Mendahulukan Kerja yang Paling Penting

0 comments:

muhasabah...

hari pertama!


assalamualaikum dan salam sejahtera.............. hari ini 7/8/09 ,kali pertama saya membuat blog.. sekarang saya tak tau ape yang perlu diletak dalam blog ni...harap sesiapa yang mengunjungi blog ni diharap agar dapat beri cadangan tentang isi dan aktiviti yang perlu saya isi dalam blog ni

2 comments:

muhasabah...