TOP NEWS

Friday, April 29, 2011

betapa makna

sebuah gambar, satu perkataan..memberi seribu makna..
ia buleh manjadi satu sindiran, kenangan, luahan, pujian dan sbagainya..
gambar dan perkataan menjadi tmpat ekspresi diri...bg org yang tidak ingin meluahkan secara direct.. org itu ingin menyampaikan ttp malu..

0 comments:

muhasabah...



allahu ya allah...istighfar setiap hari 100kali paling kurang..




orang2 yang allah sayang itu ada empat:
1 orang yang suka kebaikan
2 orang yang berkehendak melakukan kebaikan
3 orang yang suka melakukan kebaikan
4 orang yang suka kepada orang yang melakukan kebaikan





adakah anda juga daripada orang yang disayangi Allah?

0 comments:

muhasabah...

Monday, April 25, 2011

membaca..

wey korang....banyakkan membaca ye...sebab zaman sekaerang ni zaman ilmu pengetahuan..
nih aku mau gtau nih..

zaman nabi musa allah kurniakan kpd nabi musa as mukjizat yg lebih habat dari sihir kerana waktu itu orang banyak gunakan sihir..

zaman nabi sulaiman allah beri nabi sulaiman kekuasaan sehingga segala mkhluk dilangit dan bumi tunduk kpdnya..tidak kira binatang, jin, manusia krn zaman itu ratu balqis mempunyai kekuasaan hebat..

akhir zaman ini adalah zaman pengetahuan..zaman intelek..spt yg kita dengar word is power..kerana mulut badan binasa..lidah umpama pedang..ilmu itu kuasa..oleh itu, allah kurniakan kepada nabi muhammad saw al-quran..mematahkan kehebatan syair2 arab di makkah pd waktu itu..satu ayat drpd al-quran memberi 1001 maksud...menjadi asas kepada ilmu syarak, sains, teknologi, astronomi, geologi, falsafah dan sbagainya...

apakah wahyu yang pertama diturunkan kepada rasulullah saw?

dengarkan...


hmmm...fahamilah..fikirkan sendiri..

0 comments:

muhasabah...

Sunday, April 24, 2011

faridatul faraid




Puji itu bagi Allah SWT yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang mukminin akan beberapa matahari pengenalan pada hal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin. Dan rahmat dan sejahtera atas jurubahasa ketuhanan dan yang menunjuk kepada keesaannya penghulu kita Nabi Muhammad SAW yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang mengalahi kerana menguatkan risalahnya dan membenarkan penunjuknya. Dan ke atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberap pangkat yang tinggi dengan ketinggian qadarnya dan segala taulannya yang gilang-gemilang hal keadaan mereka itu segala bintang penunjuk dan nas sabdanya. Kemudian dari itu maka ini risalah pada ilmu tauhid aku himpunkan dia daripada beberapa kitab yang dia iktibarkan aku ambil segala kebunnya buah2 an yang diinginkan dan daripada berapa lautan akan berapa permata megah. Maka datang ia dengan kepujian Allah ta'ala aqidah yang sebenar yang elok cahayanya lagi yang mengandungkan iktiqad ahli sunnah dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang mukmin aku lindungkan dia dengan Allah Ta'ala daripada iktirad yang diserupakan dengan syaitan.Yang dibangsakan kepada imam Ibnu Hassan Al-Asya'ari mazhabnya lagi kepada melayu bahasanya lagi kepada Fatani tuturannya lagi kepada kenyataan isyaratnya. Ditempatkan dia di antara segala umpama daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang di tengah mata dan dilebihkan dia atas sekaliannya seperti dilebihkan emas di atas perak. Sebenar dengan bahawa dilobakan atas mendapatkan dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati dan patut bahawa diingatkan risalah ini ke atas [1] pengajangan kelebihan diperpegang dengan dia. Dan hamba dinamakan dia faridatul faraid pada bicara ilmu aqaid. Dan atas Allah Ta'ala aku berpegang dan daripada limpah kurnianya menuntuti pertambahan.
[1] iaitu tempat untuk dihiasi dihantarkan atasnya perempuan yang dikahwinkan pada mula-mula diperjumpakan dia dengan suaminya dihadapan orang ramai


Pada muqadimah kitab ini, pengarang kitab, Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad Al-Fatani memulakan dengan bismillah kerana setiap pekerjaan yang tidak dimulakan dengan bismillah adalah kerja yang tiada keberkatan daripada Allah SWT diikuti meletakkan segala kepujian hanya laya bagi Allah SWT. Terdapat 4 pembahagian puji:

1. Allah SWT memuji dirinya sendiri
2. Allah SWT memuji manusia
3. Manusia memuji Allah SWT
4. Manusia memuji manusia

Meskipun yang terakhir manusia memuji sesama sendiri namu hakikat kepujian hanya kembali kepada Allah SWT.

Penulis meletakkan hati orang mukmin umpama langit untuk menunjukkan betapa tingginya martabat hati orang mukmin. Semua kejadian di atas muka bumi ini dapat melihat betapa tingginya langit. Penulis menggambarkan juga usaha mengenali Allah SWT umpama matahari bagi orang yang nampak. Mereka ini digolongkan dalam golongan orang yang cemerlang berbanding orang yang nampak tetapi berada dalam kegelapan.

Buku ini berkaitan dengan ilmu tauhid yang diambil daripada kitab-kitab yang berkaitan dengannya. Penulis memohon agar buku ini dilindungi daripada iktirad yang disamakan dengan syaitan. Iktirad adalah gelaran bagi orang yang mencari kesalahan.

0 comments:

muhasabah...

Saturday, April 23, 2011

cita-cita..:-)

sebelom tuh..taw x perkara yg paling suke aku buat..senyum..as-senyum itu sedekah..haha..innallaha ma'ana..sebelom masok tajuk..same2 kita istighfar, ingat allah..sebagai satu nasihat..jgn kejar dunia..krn dunia akan mengejar kamu..kalau kamu tunduk tunduk kpd dunia..duina akan jadi tuan kamoo..manakala kamoo hamba dunia.. oleh itu jgn tunduk kpd dunia agar dunia tunduk kpd kamu..nak aku elaboratekan nye...ok next time..aku janji..insyaallah..:-)






cita2 aku didunia :

pertama: menjadi orang yang istimewa disisi allah dan rasul....



itu paling penting..dalam amal adanya ikhlas, dalam keikhlasan adanya cinta yang berputik didalam hati, cinta yg hakiki... aku tak suka melakukan sesuatu perkara yang tiada perkara itu..:D..ttp manusia bukan sempurna..kadang2 terpeseong jugak...hehe..

kedua: menjadi orang yang menyumbang kepada agama,ummat dan dunia





orang2 islam yang menyumbang kepada dunia seperti rasulullah, umar alkhattab, al-farabi, alkhindi, syeikh abd qadir al-jailani, imam abdullah alhaddah, imam asyafie,imam malik,imam hanafi,imam hambali, imam hassan albanna..

dan orang bukan islam yang menyumbang kpd dunia seperti martin cooper, bill gates,ferdinand verbiest dll..

adalah orang yang aku respect krn mereka menyumbang...

ketiga: engineer/inventor


keempat: penulis



bole ke?haha..


kelima: photographer





designer graphic software/animation/kartunis:


pensyarah:


haha..smart2..


da bez pemimpin keluarga/masyarakat:


ape lagi??ade banyak..tp x tertulis..

ok2...

sebelum habis nih ade satu gambar fikirkan..ape maksudnyer..


fikirkan...

salamullahi alaikum




















6 comments:

muhasabah...

salaamullahi alaikum..

aku bukan lah penulis yg rajin...ttp aq seorg yg minat la jugak menulis..aq pernah mereka sebuah cerita adventure dan cikgu berkata pada aku "kamu boleh menjadi sorg penulis hebat"..bukan nak ckp aq ni hebat..hehe..tp cikgu da ckp doa tuh...amiin~

ini gambaran semata-mata tidak la kene mengena hidup ngan mati

sekarang...
aku diilhamkan oleh seorg yg istimewa bg aku....sgt istimewa...aku ingin menyambung menulis..
bukan aku punye minat untok mengupdatekan belog..tp aku sgt berminat menulis...aku bercita-cita menjadi seorg yg hebat pd masa akan dtg...:-)



nilah bayangan cita2 aku...


cakap pasal cita2...semua org ade cita2..matlamat hidup amat penting...baiklah..as a muslim we should know our hakiki of life...in allah's firman:

tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku



itulah tujuan kita, mencapai hakiki..beribadah kpd allah..for allah..lillahi taa'la..segala yg kita lakukan di dunia untuk mencapai ibadat kita kpd allah...dunia adalah jambatan ke akhirat..penah dengar??? ha, hari ni korang dengar ye..ok..begitulah..nih aq mawu kongsi sama kamu sume..tntg life....oleh salah seorg mujahidin:Mujahid Fathi Yakan..siape tu?ok mari kita kenal:

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimahullahu di Syria.Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference). Fakta lain:- Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

baeklah kita dah kenal orgnyer...ape dye kate?

Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.

Kategori Pertama

Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:

“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.
- Surah al-An’am: ayat 29

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.”- Al Jatsiyah: ayat 24

Kategori Kedua

Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga

Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirah. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
- Surah al-An’am: ayat 32

Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada Jalan Allah SWT.

Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan, iaitu:

1. Mengetahui matlamat hidup. Sebagaimana Firman Allah SWT:

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat: ayat 56

2. Mamahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalah sedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38

3. Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimana Firman Allah SWT:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”
- Surah Ali ‘Imran: ayat 185
4. Mengetahui benar-benar akan hakikat Din al-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.

5. Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Di samping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahami Jahiliyyah barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu daya mereka.”

Neraca Dalam Kehidupan

Dalam pegangan hidup manusia, hendaklah diambil neraca dan nilai syara’, dan tidak seharusnya diambil nilai-nilai lain. Kabaikan dan keburukan hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara’ berdasarkan kaedah:

“Yang baik ialah apa yang dipandang baik oleh syara dan yang buruk ialah apa yang dipandang buruk oleh syara’.”

Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar mengambil nilai syara’ dan melarang daripada mengambil nilai yang lain daripada syara’. Antaranya Firman Allah SWT :

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) daripaa urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”
- Surah al-Jaatsiyah: ayat 18

Ikutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pengajaran (daripadaNya).- Surah al-A’raf: ayat 3

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada hal mereka telah diperintahkan agar mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 60

Terdapat keterangan yang memberi peringatan bahawa memilih dan berpaut kepada yang lain daripada nilai Islam adalah merupakan kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah SWT).”- Surah al-An’am: ayat 116

“Dan adalah tidak patut bagi lelaki mu’min dan tidak pula patut bagi perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkansesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”
- Surah al-Ahzab: ayat 36

Nilai Yang Tetap

Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun zaman beredar dan berubah. Dalam hal ini al-’Allamah Abu al’Ala al-Maududi telah menyatakan dalam risalahnya, Ila AyySyai’ Yad’u al-Islam, bahawa Allah SWT tidak semata-mata menurunkan undang-undang tertingi (Supreme Law) melalui Rasul bahkan diturunkan bersama-samanya nilai yang tetap (Thabitah = Permanent Values). Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al-Quran dan sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya. Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu maka ia tetap buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah, dikurangkan atau dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan pembatalan itu ialah golongan atau jamaah yang melepaskan dan membebaskan diri daripada Islam.

Hal yang sama juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya yang sangat bernilai, Khasais at-Tasawwur al-Islami Wa Muqawamatuha, dalam satu tajuk, Ath-Thabat (Nilai Yang Tetap). Perlu diperingatkan sekiranya ketetapan Allah SWT itu tidak dipatuhi maka akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.

Firman Allah SWT:

“Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi dan semua yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan tersebut.” - Surah al-Mu’minun: ayat 71

Nilaian Allah

Islam telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai suatu sistem hidup yang sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi dan keuntungan hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam FirmanNya:

“Demi masa. Sesunguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh.”- Surah al-’Asr: ayat 1-3

Asy-Syahid Sayyid Qutb ketika menghuraikan ayat ini telah menjelaskan bahawa Iman merupakan dasar hidup yang amat penting bagi membuahkan hasil yang baik dan bernilai dalam seluruh cabang hidup. Mana-mana amalan yang tidak lahir daripada keimanan, maka ia tidak bernilai di sisi Allah SWT. Allah SWT telah membuat perbandingan di dalam FirmanNya:

“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” - Surah Ibrahim: ayat 18

“Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.”
- Surah an-Nur: ayat 39

Amalan saleh itu adalah buah Iman. Iman itu hidup dan bergerak melahirkan amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat baik sahaja tanpa diamalkan.

Pembentukan Jama’ah

Untuk menyempurnakan tanggungjawab menurut sistem Islam, maka perlulah kepada pembentukan Jama’ah Ummah Islamiyyah. Yakni, jamaah yang ada kesedaran untuk bangun menghayati dan menegakkan Islam. Jamaah dimana anggotanya pimpin-memimpin, bimbing-membimbing antara satu sama lain dalam suasana ukhuwwah dan kasih sayang sejati kerana Allah SWT.

Hendaklah kita sedari bahawa memperkatakan yang hak itu adalah suatu yang wajib, namun terpaksa menghadapi berbagai-bagai kesukaran serta halangan. Din atau sistem Islam itu adalah hak (kebenaran) yang wajib dibangunkan, tetapi ia tidak dapat tertegak melainkan di dalam kawalan jamaah yang sudah terbentuk.

Sabar

Perlu juga diinsafi bahawa kerja-kerja menegakkan Iman, amal saleh dan mengawal yang hak itu adalah kerja yang amat sukar bagi individu dan jamaah. Maka ia memerlukan kepada satu senjata, iaitu kesabaran. Yakni sabar dalam jihad sama ada jihad hawa nafsu atau lain-lain, sabar menangung penderitaan dan kesukaran, sabar menghadapi kemungkaran dan kema’siatan yang berleluasa, sabar melalui masa yang panjang dan peningkatan yang lambat dan sabar untuk menuju matlamat yang jauh di dalam perjuangan hidup ini. Hal ini memerlukan kepada jamaah yang mana anggota-anggotanya hidup dalam ukhuwwah dan bimbing-membimbing dengan kesabaran. Dalam suasana ini, barulah sistem Islam boleh hidup subur dan menghasilkan buah-buah (natijah) yang baik lagi bernilai.

Model

Model jamaah yang tinggi dan agung telah lahir di Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Adalah perlu sekali kita mengambil contoh teladan mereka dalam usaha kita membentuk jamaah kini. Generasi pertama tersebut telah memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri penting hingga melayakkan mereka menjadi ummat terbaik.

Berikut disenaraikan beberapa ciri yang terpenting seperti yang dijelaskan oleh Al-’Allamah Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawi dalam kitabnya, Maza Khasira al-’Alam Bi Inhitat al-Muslimin. Rumusan beliau ialah:

1. Mereka berpegang teguh kepada Syariat Ilahi. Mereka sesekali tidak mencipta undang-undang menurut hawa nafsu mereka.

2. Mereka telah melalui proses Tarbiyyah (didikan) dan Tazkiyyah (pembersihan) jiwa dalam jangka masa yang lama di bawah pimpinan Rasulullah SAW hingga lahir sifat-sifat terpuji. Jawatan dan tugas disifatkan sebagai amanah dan ujian daripada Allah SWT, bukan kemegahan atau kebanggaan.

3. Perkhidmatan mereka Lillah (kerana Allah SWT), tidak kerana yang lain. Mereka bekerja untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Kemuliaan hanya bagi orang-orang yang bertaqwa.

4. Mereka membina tamaddun yang saleh meliputi kemajuan rohani, jasmani dan aqli. Semua bidang hidup dikuasai oleh nilai dan akhlak Islam, meliputi bidang pentadbiran, ekonomi, sosial dan politik.

Sehubungan dengan itu juga, Prof. Muhammad Qutb, pernah menjelaskan bahawa dasar hidup mereka dibina di atas kata-kata Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Mereka mengabdikan diri kepadaKu dan tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun.”- Surah an-Nur: ayat 55

Erti memperhambakan diri kepada Allah SWT itu, menurut tafsirannya, ialah tetap berjalan di atas sistem peraturan Allah SWT. Inilah manhaj yang diguna pakai oleh mereka dalam semua bidang kehidupan.

Demikianlah gambaran umum mengenai Jama’ah Islam yang hidup menjunjung perintah-perintah Allah SWT yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai umat terbaik dan menjadi model untuk seluruh manusia.


panjang2 lak.....hehe..

ok ok...nanty aku ceritekan matlamat hidup aku...tak abis lg sbnrnye..




senyum selalu...

0 comments:

muhasabah...