TOP NEWS

Wednesday, October 5, 2011

Ya Allah kau matikanlah aku dalam husnul khatimah

hijjaz-mati

Seseorang itu akan mati menurut kebiasaan hidupnya
kalau orang tu buat taat maka akan mati dalam keadaan baik
tapi kalau ada org wat taat tapi mati dalam keadaan buruk, ini perkara yg jarang-jarang berlaku
hijjaz-hidupnya insan

Ada orang kata
"kalau buat jahat mane pun mati dlm baik jugak sebab kite islam"
pendapat ulamak sebab terjadinya itu kerana hati nya busuk, jahat..
soal hati  tak boleh dilihat, org sentiasa bersamanya boleh lihat: isteri, kwn rapat, anak2
ingatlah mati


mati dlm keadaan baik tidak akan berlaku kepada  orang yang baik amalnya
melainkan hatinya buruk, sentiasa melakukan, dan mengekalkan dosa besar, mencabuli perintah allah

ketika hampir mati, (MATI DALAM keadaan yang biasa dia lakukan dlm hidup)maka akan dihadirkan org yang rapat dengan dia, kawan ketika dia hidup..
maka kalau orang itu lalai, maka akan dihadirkan kawan-kawannya yang lalai akan(dlm khayalnya)

maka apabila org itu masa hidup suke minum arak, apabile tibe waktu hampir kematiannya, maka akan dihadirkan kawan-kawannya yang suka minum arak..

dan apabila orang itu hidup suka bersama duit, contohnya macam broker, maka apabila tiba hampir waktu kematiannya, maka akan dihadirkan kawan-kawan duit..

"mat, bawak ucaplah laa ilaaha illallah..
mat tak mengucap, tapi dia kire duit( waktu waktu mati dah nih!!)"

sebab itu apabila kita melakukan urusan dunia, jangan lupalah akan zikir kepada Allah scara istiqamah insyaallah..

dikisahkan pd suatu kisah nabi musa a.s. dan nabi harun a.s apabila nabi musa a.s dan harun a.s ingin berdakwah kepada firaun, maka berkata pembesar-pembesar dan menteri-menteri firaun: "musa ini berdakwah kerana mereka ingin kan kuasa tuan, maka apabila tuan mengikut agama mereka,tuan perlu mengikut ajaran mereka,mereka akan jadi lebih hebat.

sebab itu dalam berdakwah boleh jadi kerana dunia, jadi banyak org berdakwah kerana hendakkan dunia


oleh itu Allah suruh nabi musa a.s dan harun a.s. jgn berhenti daripada berzikirdan mengingati, kemudian Allah suruh nabi musa a.s dan nabi harun a.s pergi kepada firaun
sebab itu lah kite mesti sentiasa berzikir supaya hati kita terpelihara
biarlah hati kita dijaga oleh zikir, agar kita tidak melampaui batas..

Dalam satu hadis:

Dari Abdullah An Nu'man ibn Bashir r.a katanya: aku dengar Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya yang halal itu nyata, dan yang haram itu nyata, dan diantara keduanya itu syubhah(keraguan) yang mana banyak orang tidak mengetahuinya. dan siapa yang menjauhi syubhah maka dia terpelihara dalam agamanya dan maruahnya, tetapi jika dia meletakkan dirinya dalam syubhah,dia telah meletakkan dirinya dalam perkara haram............
dan sesungguhnya didalam jasad ada satu daging, apabila suci daging itu maka suci seluruh jasadnya, dan apabila rosak daging itu maka rosak seluruh jasadnya, iaitu adalah hati"
hadis riwayat bukhari dan muslim


contoh amalan seorang pendakwah yang menjaga zikir dan hati mereka
Iaitu adalah hati...


jadi, jagalah ibadat

solat,

baca quran,

wirid-wirid


jadi amalan mesti dijaga!!

bila kita mengikut jadual kita sendiri(tidak berzikir) kita akan lalai
zikir juga adalah satu konsep disiplin yang diaunjurkan oleh Yang Maha Pakar, Allah..
zikir melatih kita berdisiplin dalaman dan luaran, serta belajar mengawal diri..

teringat kata-kata ustaz azhar idrus uia gombak hari jumaat malam yang lepas

setiap sesuatu perkara mesti ada ilmu, nak mencuri kena ada ilmu, nak jadi doktor kena ada ilmu, nak jadi penulis, kena ada ilmu, nak berjalan pun kena ada ilmu...

oleh itu, dalam menguruskan hati..ade ilmunya juga..
saya just share apa yang ada
ada 3 peringkat dalam pengurusan hati apabila kita berurusan dengan Allah
pertama: takholli(pengosongan)

kosongkan hati daripada segala sifat mazmumah:dengki,hasad,riya',ujub, takabbur

kedua: tahalli(hias)

setelah hati dikosongkan, maka hiaskan dengan sifat-sifat mahmudah/segala sifat yang baik

ketiga: tajalli(hadir)

kemudian barulah menghadirkan diri kepada Allah..


contoh:
apabila kita mendapati tetamu akan hadir ke rumah kita, maka sudah tentu kita akan bersih kan rumah dan diri ,tutup segala keburukan kita( meja bersepah, pakaian)

kemudian kita hiaskan rumah kita dengan lampu-lampu, makanan, perhiasan, diri kita..

begitulah contoh kronologi


juz  4 tazkirah ^_^

insyaallah amal ye

0 comments:

muhasabah...