TOP NEWS

Sunday, April 24, 2011

faridatul faraid




Puji itu bagi Allah SWT yang menaikkan pada beberapa langit segala hati orang yang mukminin akan beberapa matahari pengenalan pada hal cemerlang ia dengan cahaya tauhid dan yakin. Dan rahmat dan sejahtera atas jurubahasa ketuhanan dan yang menunjuk kepada keesaannya penghulu kita Nabi Muhammad SAW yang dibangkitkan dengan segala mukjizat yang mengalahi kerana menguatkan risalahnya dan membenarkan penunjuknya. Dan ke atas keluarganya yang sampai mereka itu kepada beberap pangkat yang tinggi dengan ketinggian qadarnya dan segala taulannya yang gilang-gemilang hal keadaan mereka itu segala bintang penunjuk dan nas sabdanya. Kemudian dari itu maka ini risalah pada ilmu tauhid aku himpunkan dia daripada beberapa kitab yang dia iktibarkan aku ambil segala kebunnya buah2 an yang diinginkan dan daripada berapa lautan akan berapa permata megah. Maka datang ia dengan kepujian Allah ta'ala aqidah yang sebenar yang elok cahayanya lagi yang mengandungkan iktiqad ahli sunnah dan ketetapan penunjuk yang diam pada hati orang yang mukmin aku lindungkan dia dengan Allah Ta'ala daripada iktirad yang diserupakan dengan syaitan.Yang dibangsakan kepada imam Ibnu Hassan Al-Asya'ari mazhabnya lagi kepada melayu bahasanya lagi kepada Fatani tuturannya lagi kepada kenyataan isyaratnya. Ditempatkan dia di antara segala umpama daripada beberapa risalah yang kecil pada tempat rupa yang di tengah mata dan dilebihkan dia atas sekaliannya seperti dilebihkan emas di atas perak. Sebenar dengan bahawa dilobakan atas mendapatkan dan diingatkan segala bicaranya pada mata hati dan patut bahawa diingatkan risalah ini ke atas [1] pengajangan kelebihan diperpegang dengan dia. Dan hamba dinamakan dia faridatul faraid pada bicara ilmu aqaid. Dan atas Allah Ta'ala aku berpegang dan daripada limpah kurnianya menuntuti pertambahan.
[1] iaitu tempat untuk dihiasi dihantarkan atasnya perempuan yang dikahwinkan pada mula-mula diperjumpakan dia dengan suaminya dihadapan orang ramai


Pada muqadimah kitab ini, pengarang kitab, Ahmad Ibnu Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad Al-Fatani memulakan dengan bismillah kerana setiap pekerjaan yang tidak dimulakan dengan bismillah adalah kerja yang tiada keberkatan daripada Allah SWT diikuti meletakkan segala kepujian hanya laya bagi Allah SWT. Terdapat 4 pembahagian puji:

1. Allah SWT memuji dirinya sendiri
2. Allah SWT memuji manusia
3. Manusia memuji Allah SWT
4. Manusia memuji manusia

Meskipun yang terakhir manusia memuji sesama sendiri namu hakikat kepujian hanya kembali kepada Allah SWT.

Penulis meletakkan hati orang mukmin umpama langit untuk menunjukkan betapa tingginya martabat hati orang mukmin. Semua kejadian di atas muka bumi ini dapat melihat betapa tingginya langit. Penulis menggambarkan juga usaha mengenali Allah SWT umpama matahari bagi orang yang nampak. Mereka ini digolongkan dalam golongan orang yang cemerlang berbanding orang yang nampak tetapi berada dalam kegelapan.

Buku ini berkaitan dengan ilmu tauhid yang diambil daripada kitab-kitab yang berkaitan dengannya. Penulis memohon agar buku ini dilindungi daripada iktirad yang disamakan dengan syaitan. Iktirad adalah gelaran bagi orang yang mencari kesalahan.

0 comments:

muhasabah...